Monday, November 1, 2010

Jerawat....

Bayi tiada jerawat kerana bayi terlalu comel untuk memiliki jerawat. Sungguh pun bayi terlalu comel,namun bayi juga mempunyai perasaan cinta. Tapi,perasaan cinta bayi tidak akan menimbulkan jerawat pada pipi bayi. Jadi,apakah topik 'jerawat' bayi?

Bayi kerap mengalami ruam dibahagian pelipat kerana beberapa faktor. Antara faktor yang tersangat obvius adalah kerana 'air'. So....jerawat bayi=ruam. Sila terima terma ini.

Bahagian ruam:
1. leher
2. Celah peha
3. Nonet (male)
4. Nonono (female)
5. Dada


Punca ruam:
1. Bayi tidak dapat menelan air liur sendiri. Air liur yang bertakung pada bahagian leher dan dada akan mengakibatkan ruam srkiranya tidak dilap dengan segera.
2. Sisa air/susu @ makanan yang disuap tidak dibersihkan.
3. Pemakaian lampin pakai buang yang tidak sesuai.

Cara mengatasi ruam:
1. Lap air liur bayi yang menjejeh keluar. Kebanyakan bayi yang mahu tumbuh gigi akan mengalami fasa penjejehan ini.
2. Pakaikan bib semasa menyuap makanan bayi agar sisa makanan tidak tumpah di bahagian dada bayi.
3. tukar jenis lampin pakai buang bayi sekiranya ruam di bahagian peha kerap berlaku.
4. Gunakan krim cegah ruam.

Ubat ruam:
1. Krim annakku tiub putih tudung biru
2. Krim dropolene tiub warna merah jambu
3. Krim candid B sekiranya jangkitan fungus berlaku
4. Krim Elomet untuk ruam yang teruk (ubat ini cepat berkesan menghilangkan ruam tapi memedihkan)
5. Bedak cina nama pek san (kedai ubat cina)
6. Cuba gunakan lampin kain macam zaman dulu.
7. Gunakan cloth diapers. Nak beli cloth diapers dengan harga promosi sila email saya. Heheh sempat promote

1 comment:

cyra said...

info yg berguna..tq..heheheh