Thursday, October 21, 2010

kenapa bayi saya menangis?



melihat dan mendengar bayi anda menangis pada kali pertama adalah satu nikmat dan kesyukuran yang tak terhingga kepada seseorang yang baru bergelar ibu dan ayah. bayi menangis pada kali pertama kerana bayi akan mula belajar bernafas mengikut rongga hidung dan mulut. selain daripada itu, bayi juga akan belajar mengembangkan paru-paru dari latihan menangisnya.

tetapi kenapa bayi saya masih menangis?

1. bayi menangis kerana lapar dan dahaga. bayi yang baru lahir, perlu menyusu dengan kerap sekerap 2 jam sekali. pada pertama kalinya, ibu akan kekok menyusukan bayi dan bayi juga kekok untuk menghisap puting. ini adalah kerana sebelum ini makanan dan minuman disalurkan melalui tali pusat semasa di dalam rahim ibu. para ibu digalakkan menyusu badan kerana susu badan mempunyai sistem pertahanan yang kuat untuk bayi dan tidak terdapat dalam mana-mana susu formula.

2. bayi menangis kerana bayi mengantuk. anda bertuah sekiranya bayi anda senang tidur di mana-mana sekali pun. kebanyakan bayi memerlukan keadaan yang sunyi sepi, suhu yang selesa, dan tempat tidur yang keras. jadi segeralah belajar tabiat tidur bayi anda.

3. bayi menangis kerana lampinnya penuh. bayi yang kuat menyusu akan kencing dan membuang air besar dengan kerap. gunakanlah lampin yang sesuai dengan bayi bagi mengelakkan ruam lampin. sekiranya bayi memakai lampin pakai buang, ibu bapa dinasihatkan agar membeli lampin pakai buang dalam kuantiti yang kecil dahulu bagi memantau keselesaan dan keberkesanan lampin tersebut kepada bayi anda.

4. bayi menangis kerana sakit. penyakit yang sering berjangkit kepada bayi ialah demam, batuk, dan selsema.

bayi saya demam, apa perlu saya buat?

1. suhu bayi yang normal adalah sama dengan suhu badan manusia dewasa. dengan hanya merasa pada bahagian dahi dan leher bayi, tidak dapat dipastikan sama ada bayi demam atau tidak. ibu bapa digalakkan menyediakan termometer dan menyemak suhu bayi setiap sela 30 @ 45 minit sekiranya bayi demam sehingga suhu bayi kembali normal.

2. demah bayi menggunakan air suam. jika perlu buka baju dan seluar agar haba yang terperangkap cepat keluar. kebanyakan bayi adalah montel,tembam, dan bobok. ini menyebabkan pelipatnya memerangkap haba terutama di bahagian leher, siku, peha dan ketiak. dicadangkan ibu bapa menggunakan wet tissue yang telah direndam / dikeluarkan bahan kimianya serta baunya terlebih dahulu sebelum dilekatkan dibelakang badan bayi atau di pelipat bayi.

3. beri ubat paracetamol kepada bayi kerana bayi juga memerlukan ubat seperti manusia dewasa. cuma dosnya adalah lebih kecil berbanding manusia dewasa. dapatkan nasihat doktor anda tentang ubat. jangan biarkan demam bayi berlanjutan.

bayi saya selsema, apa perlu saya buat?

1. kahak@hingus bayi perlu dibuang sekerap mungkin. sediakan penyedut hingus bayi dan sedut hingusnya sekerap mungkin. bayi tidak selesa apabila ibu bapa memasukkan sesuatu didalam lubang hidungnya.

2. ibu bapa boleh menyedut sendiri hingus anak melalui lubang hidungnya. sila jangan jijik. lempang kang...

3. elakkan tempat berhawa dingin seperti di soping kompleks. bayi akan rasa selesa di tempat berhawa dingin kerana hingusnya akan kering, tetapi hingusnya masih tetap ada dan apabila suhu berubah, hingusnya akan kembali.

4. sekiranya keadaan bayi kritikal, doktor akan mengesyorkan kahak disedut menggunakan mesin penyedut. tiub kecil akan dimasukkan dari dalam lubang hidung bayi dan kahak akan disedut. kadang-kadang akan terdapat luka kecil semasa memasukkan tiub tersebut dan ibu bapa dapat melihat darah keluar bersama kahak.

5. sonotron adalah alat yang menggunakan gelombang elektrik yang akan mengembangkan saluran pernafasan bayi. setelah bayi menjalani rawatan ini, dijangka di dalam 1-2 jam bayi akan memuntahkan kahak. 

tahukah anda....

1. bayi tidak digalakkan tidur pada tilam dan bantal yang lembut kerana tulang bayi masih belum kuat.

2. bayi tidak digalakkan tidur dalam keadaan meniarap kerana dikhuatiri akan lemas 'silent death'. bayi tidak boleh berpusing sendiri sekiranya mukanya bertelangkup. ibu bapa diminta memantau keadaan bayi tidur.

3. anda akan dapat mengecam/mengenal pasti corak menangis bayi anda. anda akan tahu ritma menangis bayi anda sama ada bayi lapar, mengantuk, atau pun sakit....

4. suhu bacaan bayi di bahagian ketiak perlu ditambah 0.5 C

5. suhu bayi yang mencapai 40 C adalah amat bahaya. segeralah berjumpa doktor di wad kecemasan.

6. hingus atau kahak bayi yang banyak dan terkumpul  boleh melemaskan paru-paru bayi

2 comments:

ayen =D said...

teringat dulu.. ada sorang member, baru dapat baby.. member tu cerita, "anak aku nangis, aku gi google kat internet, 'why baby cries?'"

oo. member adalah seorang lelaki yang dok di perantauan membuat PhD sambil membela bini dan babynya ketika itu..

Adam Ruslan said...

Masa anak first, aku beli jugak satu buku, Kenapa Anak Saya Menangis?

Heheh.

Sekarang, semua jenis tangisan dah kenal..